VIDEO PENGENALAN
SYAIR IRAMA DODOI
Lagu Dodoi merupakan sebahagian dari nyanyian rakyat (folk songs) Nureeyan Saleh,1999:11 memetik Jeua Stawethin, 1974 “Lagu dodoi adalah folk songs
yang pertama dan tertua iaitu amat panjang umurnya dan tidak dapat diketahui
siapakah yang mengarang atau memulai lagu-lagu itu. Nyanyian ini lahir di
kalangan rakyat biasa dalam keadaan yang bersahaja. Setiap nyanyian rakyat
bertemakan kehidupan harian masyarakat zaman dahulu, dan ini termasuklah
pemikiran, kepercayaan serta keinginan-keinginan mereka”. Ia mencerminkan atau menggambarkan keadaan hidup
masyarakat yang menuturkannya. Misalnya kehidupan petani yang terpaksa bekerja
keras terlihat dalam lagu:
Endoi-endoi tiak
Tiak makan padi
Adik jangan teriak
Mak cari padi.
Lagu Dodoi dikenali sebagai
satu cara untuk melahirkan kasih sayang. Manusia,
tidak kira keturunan, bangsa atau agama memiliki cara-cara tersendiri untuk meluahkan rasa kasih sayang
kepada anak-anak mereka. Salah satu cara mereka meluahkan perasaan yang begitu
seni sekali ialah dengan menyanyikan lagu-lagu mengulit anak. Oleh itu mereka akan berusaha
untuk memilih dan menyusun kata-kata supaya menjadi puisi yang indah dan
menarik yang mengandungi nilai-nilai moral atau seni kata yang sesuai untuk
bayi. Puisi tersebut akan dinyanyikan dengan gaya, nada dan ritma yang merdu. Akhirnya
puisi yang pendek dan padat itu akan menjadikan nyanyian dodoi itu indah,
merdu, dan sedap didengar bukan sahaja dari segi iramanya tetapi dari segi
puitisnya.
Lagu2 ini adalah penting dalam kehidupan seseorang
kerana suara ibu yang mendodoikan itu
merupakan komunikasi pertama seorang bayi dengan dunia di sekelilingnya.
Ia merupakan ekspressi kasih sayang dari hati ibu yang paling mendalam dan kekal dalam ingatan seorang individu. Dari
pantun-pantun dan syair yang didengar dia mengenal sastera dan mengenal
khazanah warisan bangsanya, Lagu dodoi adalah sastera yang
mempunyai ciri-ciri universal. Ia adalah
fikiran dan daya khayalan bersama kepunyaan manusia. Genre dodoi sudah
wujud berzaman lamanya sejak ibu melahirkan bayi dan mendodoikan bayinya di
dalam buaian. Lagu dodoi adalah satu perkenalan tradisi bagi semua golongan
masyarakat yang menjadi amalan tradisi dalam kitaran hidup seseorang pewaris
tradisi. Lagu dodoi adalah bahan hiburan paling awal yang diperolehi oleh
kanak-kanak. Walaupun penggunaan bahasa dalam nyanyian itu berbeza mengikut
masyarakat dan bangsa masing-masing tetapi tujuannya sama iaitu bertujuan untuk
menidurkan bayi, membelai
anak dengan kasih mesra, serta menyampaikan pengajaran.
Lagu dodoi Melayu tidaklah jauh
bezanya daripada lagu dodoi bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia didapati
mengandungi empat aspek utama iaitu:
·
aspek pembelajaran bahasa dan makna kata-kata
·
aspek fizikal yang berkaitan dengan permainan
kanak-kanak,
·
aspek budaya yang melibatkan mesej-mesej tentang
nilai dan norma kehidupan,
·
aspek keagamaan yang melibatkan ajaran-ajaran
keagamaan sebagai panduan hidup sebagai umat Islam.
Oleh itu, lagu atau irama dodoi, selain
menjadi lagu hiburan bagi kanak-kanak
untuk menidurkan mereka, ia juga
penting dalam kehidupan, khasnya perkembangan dan perwatakan individu kerana mempunyai
fungsi sosial dan kognitif.
SYAIR IRAMA HIASAN
Bahasa kiasan ialah jenis bahasa yang menghuraikan sesuatu dengan cara mengkiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebutkan bandingan secara langsung atau mengandaikan perbandingan itu.
SYAIR IRAMA RAKIS
Syair Rakis merupakan satu syair yang dikarang oleh Pengiran Muhammad Salleh
atau nama lengkapnya Pengiran Syahbandar Pengiran Muhammad Salleh Ibnu
Pengiran Sharmayuda yang dipercayai hidup di antara abad ke-18 hingga
abad ke-19.
Bahasa yang digunakan dalam karangan Syair Rakis lebih tersusun dan kurang dipengaruhi oleh bahasa Arab:
Ulasan
Catat Ulasan