CARA-CARA DAN TIPS-TIPS BERSYAIR
PERSEDIAAN MEMBACA SYAIR
1-Baca dengan tekun teks syair yang akan dilagukan. Fahami dan hayati maksud syair.
Baca
perlahan untuk memahami dan mendalami teks, menghayati dan
membangkitkan suasana yang diperlukan. Baca dan fahami maksud syair
untuk menentukan patah lagu apatah lagi kalau teks itu teks yang lama.
Dengarkan tuan tuan satu peri
kisahnya upu-upu muda jauhari
selesai daripada mengalahkan negeri
Raja Kecil pun sudah ke Siak lari
(Mohd. Yusof Mohd.Noor, Salsilah Melayu dan Bugis, 1984)
Kalau rangkap ini tidak dibaca dengan teliti tentu terbabas bila melagukannya nanti.
2-Pilih lagu yang paling sesuai dengan cerita/mood/tema syair.
Adakah
syair yang akan dibaca itu bertemakan percintaan , adakah moodnya
sedih. Kalau ya, irama selendang delima adalah sesuai untuk
menyampaikannya.
Tapi bagi syair yang berbaur jenaka, mengkirtik,
atau mengandungi kisah kepahlawanan, rasanya selendang delima yang
mendayu-dayu itu kurang tepat. Bolehlah mencuba versi kedua iaitu Dandan
Setia atau Narasi.
3-Sempurnakan Sebutan
Baca teks secara
kuat. Ini ialah untuk memperbaiki sebutan. Setiap perkataan hendaklah
disebut dengan baik. Sebutan yang tidak jelas akan menjejaskan
persembahan.Bahkan boleh membawa suasana lain,melucukan dan sebagainya.
Misalnya penjajah disebut penjaja. Martabat disebut murtabak. Mujahid
disebut Mujahat. Beri perhatian kepada perkataan yang didapati sukar
disebut (tentu ada).
Syair adalah karya sastera. Dalam menyampaikan
karya sastera (begitu juga deklamasi sajak) penyampaian mesej adalah
penting. Kalau sebutan tidak jelas, mesej akan terjejas.
Sebutan
baku. dan jelas Iaitu disebut seperti kebiasaan bertutur di Malaysia
atau yang dikenali dengan loghat Johor-Riau, bukan Indonesia. Kemelayuan
bukan ke Inggerisan seperti sebutan penyanyi-penyanyi di tahun-tahun
2,000 ini.
4-Uji Kemampuan Suara
Dalam syair suara sangat
penting kerana ia juga merupakan nyanyian. Uji kemampuan suara dan
penerbitan suara. Syair versi Selendang Delima memerlukan range yang
luas dan kemampuan yang lebih tinggi.Suara hendaklah dilontarkan sebaik
mungkin dengan sebutan yang jelas. Ini memerlukan latihan. Masukkan
getaran,ornamentasi, bunga-bunga atau lenggok-lenggoknya, di mana perlu
sebagai hiasan untuk mengindahkan bacaan. Menerusi rancangan TV, iaitu
Diari Akademi Fantasia dan Mari Bertaranum di TV 9. kita boleh pelajari
tentang pengeluaran suara. Ada suara perut, suara dada, suara tekak,
suara bibir, suara hidung dan suara dari rongga otak. Kita boleh belajar
dari rancangan ini.
?Misalnya suara garau (suara dada dan suara tekak) untuk nada serius dan marah, memberi nasihat,menyatakan ketegasan.
?Suara nipis iaitu suara bibir untuk nada lembut dan romantik
?Suara tinggi dan mendayu untuk sedih
?Suara rendah untuk nada manja.
5-Baiki Pernafasan. Buat senaman untuk membaiki pernafasan dan penerbitan suara.
6-Buat latihan dan hadapilah penonton dengan yakin.
Jika ada yang berhasrat nak masuk pertandingan syair atau nak mencebur diri
dalam lapangan membaca syair ni kena banyak menelaah dan memperluas kosa kata lama dan perkataan yang berasal dari bahasa
Arab. Anda akan diberi teks yg penuh dgn kata-kata yang mungkin jarang
digunapakai pada hari ini seperti pokta, bahana. Nasihat untuk anda yang
mahu mengarang syair, jangan malas menelaah kamus. Simpan daftar kata
yang sukukata akhirnya sama. (ketar, latar, putar, gementar,) Biasakan
dengan kosa kata lama (misalnya gapura, bahari,astaka, jauhar, madah,
tinta, kalam), Syair lebih condong kepada kata-kata dari bahasa Arab,
(e.g. syuhada, nikmat, mukjizat). gunakan metafora, simile, kiasan
Ulasan
Catat Ulasan