ASAL USUL SYAIR

 Kita seringkali mendengar alunan syair yang didendangkan oleh orang ramai dan pernahkah kita terfikir apakah sebenarnya syair ini ?. Haa kalau nak tahu, jom baca penerangan di bawah 👇..





Ciri-Ciri, Fungsi Dan Contoh Syair
Contoh Syair



Apa Itu Syair? Syair adalah bentuk puisi lama yang menggunakan bahasa kiasan dan indah dengan pilihan diksi dan majas metafora. Syair juga merupakan sejenis puisi berlagu. Darimana syair berasal? Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam.

Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.

Terdapat bukti bahawa bentuk syair itu sendiri telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka, sebagaimana yang tersurat dalam kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh, bertarikh kira-kira pada T.M. 1380.

Itu, ialah berbentuk syair; bagitu juga hasil-hasil sastera yang berbentuk syair bait, seloka, gurindam, istimewa pula pantun, harus telah sedia di ketahui oleh orang Melayu sebelum zaman kejatuhan Melaka atau pun tatkala buku Sejarah Melayu di karang;
Buktinya boleh di pastikan dalam kisah "Meminang Puteri Gunung Ledang" di dalam buku Sejarah Melayu itu, yang menyebutkan demikian

"…….segala burung di dalam taman itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya, ada yang seperti orang bersiul, ada yang seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang bersyair, ada yang seperti orang ber­bait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam "

Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam iaitu pada tahun 600 Masihi.

Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik.


Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus.

Syair dianggapa milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab.

• Berkemungkinan berasal daripada puisi
Melayu- Indonesia yang asli
• Syair Melayu dicipta oleh Hamzah Fansuri
beracuankan...

APAKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI
SYAIR?
• merupakan sejenis puisi berlagu
• berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke
Nusa...

Ulasan

Catatan Popular